Thursday, April 17, 2008

Lagu Rasmi Pengakap

Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia

Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta

Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama

Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara

Berbudi, bersaudaraTaat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia

Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia

Jambori Antarabangsa Johor Ke-24

Jambori Antarabangsa Johor Ke-24 akan diadakan pada 18 hingga 23 Ogos 2008 bertempat di Kem Jubli Intan Tanjung Laboh, Batu Pahat. “Persaudaraan Pengakap”. Kepada sesiapa yang nak pergi tu, siapkan lah duitnya daripada sekarang.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara


Friday, April 11, 2008

1. LENCANA KEAHLIAN

1.1 Sebelum dilantik menjadi ahli dan mendapat Lencana Keahlian, seorang budak akan diuji dalam perkara-perkara yang berikut untuk memberi pengetahuan asa yang mudah serta pengalaman berpengakap.

-Peraturan Pakaian Seragam Pengakap
-Prinsip Rukunegara
-Lambang Pengakap Malaysia dan Dunia
-Persetiaan pengakap dan Undang-undang Pengakap
-Hormat Pengakap & Cogankata Pengakap Muda
-Sejarah Pengakap Malaysia & Sejarah Pengakap Pengasas Pengakap, Lord Baden-Powell
-Simpulan
AKTIVITI TAHUNAN

1-Berbasikal
2-Kem Pengakap
3-Sukan tahunan sekolah
JAMBORI KEBANGSAAN
Satu aktiviti tetap pengakap yang sentiasa ditunggu-tunggu ialah jambori. Penganjurannya ada berbagai-bagai peringkat.Jambori peringkat dunia diadakan setiap 4 tahun sekali dan merupakan acara besar yang menghimpunkan pengakap dari seluruh dunia.
Manakala jambori peringkat kebangsaan lazimnya diadakan setiap 2 tahun. Semasa jambori ini,para pengakap berpeluang menambah pingat kepengakapan menerusi pelbagai ujian.
Tahun ini,jambori pengakap peringkat kebangsaan akan diadakan di Universiti Putra Malaysia(UPM). Ia berlansung dari 24-25 Mei 2008. Sebanyak 85 aktiviti telah diatur untuk ahli-ahli meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang antaranya berniaga,berkebun,berenang,berkemahiran IT dan lain-lain.
"Dianggarkan 6000 ahli pengakap dari seluruh negara yang berusia 14-18 tahun akan menyertainya.Kami juga akan menjangkakan sekurang-kurangnya seribu peserta luar negara dari Rantau Asia Pasifik akan turut mengikuti jambori ini"
"Persekutuan Pengakap Muslim Antarabangsa juga akan turut menyertai jambori peringkat kebangsaan ini,"kata Prof. Kamarudin. Secara tidak lansung ini memberi peluang kepada ahli pengakap berkenalan dengan pengakap dari negeri lain di seluruh Malaysia dan negara asing.
JENIS-JENIS PENGAKAP
Pergerakan pengakap diberi nama yang berlainan mengikut peringkat umur ahlinya.Menurut Ketua Pesuruhjaya pengakap Malaysia,Kolonel Profesor Datuk Dr. Kamarudin Kachar,ahli pengakap peringkat tadika(umur 5-7 tahun) dipanggil pengakap lebah,(7-9 tahun)dipanggil pengakap kanak-kanak,pengakap muda untuk umur 9-14 tahun,pengakap remaja 15-18 tahun dan pengakap kelana untuk yang berusia 18 tahun ke atas.
Pada masa ini ada kira-kira 200 ribu ahli pengakap diseluruh Malaysia.Persekutuan Pengakap Malaysia(PPM) mahu meningkatkan bilangan ahlinya kepada 1 juta orang menjelang 2010. Sehubungan itu kata Prof Kamarudin beberapa strategi telah disusun untuk mencapai matlamat itu.
Salah satu ialah mewujudkan pelbagai aktiviti menarik untuk menambah minat orang ramai menganggotainya.Aktiviti yang diadakan oleh pergerakan ini bertujuan untuk membina watak unggul pada ahli-ahlinya dengan mendidik secara berbudi,bersopan,berkemahiran hidup dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.Aspek kesukarelawanan juga turut diberi tumpuan.

Sunday, April 6, 2008


SEJARAH PENGAKAP





Dunia
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari 1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford, London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T. Smyth. Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon, menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer. Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer. Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50 tahun. Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun 1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati, mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati oleh budak-budak yang menyertainya. Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul "Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan. Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.

Di Malaysia
Bermula di pantai barat Malaysia dalam tahun 1910, dua tahun selepas ianya dimulakan di Great Britain. Dipercayai bahawa ianya dimulakan di Pulau Pinang tahun 1908, Selangor pula bermula pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas. Pengakap pertama mengandungi 30 orang ditubuhkan di Singapura tahun 1910 oleh Tuan F.C Sands (Jaguh Pengakap terkenal di Nottingham dan seorang pendidik). Perkembangan ke negeri-negeri lain di Malaysia bermula tahun 1912 di Pahang, 1913 Sabah, 1915 Pulau Pinang dan Sarawak, 1920 Perak, 1922 Kedah dan Perlis, 1925 Melaka dan Negeri Sembilan, 1926 Selangor dan Terengganu, 1927 Kelantan, 1928 Johor, yang kesemuanya berjumlah lebih 85,000 orang. Cawangan Persekutuan Budak-budak Pengakap Great Britain di kenali sebagai Persekutuan Budak-budak Pengakap di kawasan Malaya termasuk Singapura dengan setiap negeri sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan Great Britain. Selepas Perang Dunia Ke 2, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap satunya mempunyai Persekutuan Negeri yang dibahagi kepada beberapa Daerah Pengakap yang mempunyai Persekutuan-Persekutuan Tempatan yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. Ianya menjadi badan bebas yang menjadi ahli Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957.